Penerbitan Kalut Nak Kahwin

Menurut penerbit filem ini, Fara Syazween, idea asal filem ini datang daripada beliau sendiri dan jalan cerita Kalut Nak Kahwin asalnya hanya bertumpu kepada masalah bekalan air di pangsapuri sahaja. Bagaimanapun, pihaknya bersepakat untuk mengembangkan jalan cerita filem ini selepas cadangannya diterima oleh Astro dan terus membentangkan idea itu kepada pengarahnya, Yussuf Yunus.[2]

Fara berkata, beliau dan Yunus kemudian menghubungi penulis skrip, Aloy Paradoks untuk memaklumkan kepadanya mengenai idea filem Kalut Nak Kahwin, yang mana Aloy bersetuju untuk mengembangkan jalan cerita bagi mendapatkan hasil terbaik. Menurutnya, beiau mengambil masa lebih kurang 3 sehingga 4 bulan untuk menyempurnakan filem ini secara berperingkat. Selepas perbincangan yang dilakukan oleh mereka bersama, mereka bersepakat untuk mewujudkan Kalut Nak Kahwin yang membawa isu ketiadaan bekalan air semasa persiapan majlis perkahwinan.[2]